Translate

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014
*Pra Tahfiz Al-Quran (5 Juzuk) *Sistem Pengajian Pondok *Bertalaqqi *Pengajian Kitab Jawi *Pengajian Kitab Arab *Belajar Bahasa Arab *Tiada Pengajian Akademik *Asrama Disediakan

القرآن

Peta Pusat Pengajian Islam Berdasarkan Google Maps


Lihat Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri dalam peta yang lebih besar

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul

MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.

· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.

· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.

· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.

· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Jumaat, Julai 10, 2009

Manakib Dr. Sayyid Muhammad Ibnu Sayyid A'lawi Al Maliki


Sempena "Diskusi Buku" yang bertajuk "Mafahim Yajibu An-Tusahhah" pada pagi Jumaat (10/7/2009) yang lalu dirumah Ittihad PMMS. Sukacita ana sebagai pengerusi diskusi berkenaan berikan sedikit maklumat mengenai pengarang kitab tersebut yaitu Sayyid Muhammad Bin Sayyid A'lawi, salah seorang ulama' kontemporari terkini yang masyhur..

Sayyid Prof. Dr. Muhammad ibn Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas ibn Sayyid ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki al-Asy’ari asy-Syadzili lahir di Makkah pada tahun 1365 H. Pendidikan pertamanya adalah Madrasah Al-Falah, Makkah, dimana ayah beliau Sayyid Alawi bin Abbas al Maliki sebagai guru agama di sekolah tersebut yang juga merangkap sebagai pengajar di halaqah di Haram Makki. Beliau juga belajar kepada ulama-ulama Makkah terkemuka lainnya, seperti Sayyid Amin Kutbi, Hassan Masshat, Muhammad Nur Sayf, Sa’id Yamani, dan lain-lain. Sayyid Muhammad memperoleh gelaran Ph.D-nya dalam Pengajian Hadis dengan penghargaan tertinggi dari Jamia'h al-Azhar di Mesir, pada saat baru berusia dua puluh lima tahun. Beliau kemudian melakukan perjalanan dalam rangka mengejar ilmu Hadits ke Afrika Utara, Timur Tengah, Turki, Yaman, dan juga anak benua India-Pakistan, dan memperoleh ijazah mengajar dan sanad dari Imam Habib Ahmad Mashhur al Haddad, Syaikh Hasanayn Makhluf, Ghumari bersaudara dari Morokko(Maghribi), Syekh Dya’uddin Qadiri di Madinah, Maulana Zakariyya Kandihlawi, dan banyak lainnya. Sayyid Muhammmad merupakan pendidik Ahlus Sunnah wal Jama'ah, seorang ‘alim kontemporari dalam ilmu hadits, ‘alim mufassir (penafsir) Qur’an, Fiqh, ‘aqidah, tasawwuf, dan sirah Nabawi.

Sayyid Muhammad al-Makki merupakan seorang 'alim yang mewarisi pekerjaan dakwah ayahndanya, membina penuntut ilmu dari berbagai daerah dan negara di dunia Islam di Makkah al-Mukarromah. Dalam meneruskan perjuangan ayahndanya, Sayyid Muhammad sebelumnya mendapatkan sedikit kesulitan karena beliau merasa belum bersedia untuk menjadi pengganti ayahnya. Maka langkah pertama yang diambil adalah melanjutkan pengajian dan ta'limnya terlebih dahulu. Beliau berangkat ke Kaherah dan Universiti al-Azhar Assyarif merupakan pilihannya. Setelah meraih B.A - M.A dan Ph.D dalam bidang Hadith dan Usulluddin beliau kembali ke Makkah untuk melanjutkan perjalanan yang telah di tempuh sang ayah. Disamping mengajar di Masjidil Haram secara halaqah, beliau diangkat sebagai Dekan Fakuliti Syariah di Universiti King Abdul Aziz-Jeddah dan Universiti Ummul Qura Makkah dalam bahagian ilmu Hadith dan Usuluddin. Cukup lama beliau menjalankan tugasnya sebagai dekan di dua Universiti tersebut, sampai beliau memutuskan mengundurkan diri dan memilih mengajar di Masjidil Haram sambil membuka majlis ta'lim dan pondok di rumah beliau.

Adapun pelajaran yang di berikan baik di masjidil haram atau di rumah tidak tertumpu pada ilmu tertentu seperti di Universiti, akan tetapi semua pelajaran yang diberikannya boleh di terima semua masyarakat baik masyarakat awam atau terpelajar, semua boleh menerima dan menghayati apa yang diberikan Sayyid Muhammad. Maka dari itu beliau selalu menitik beratkan untuk membuat rumah yang lebih besar dan boleh menampung lebih dari 500 murid pada hari yang biasa beliau mengajar selepas sholat Maghrib sampai Isya di rumahnya di Hay al Rashifah. Begitu pula setiap bulan Ramadan dan hari raya, beliau selalu menerima semua tetamu dan muridnya dengan tangan terbuka tanpa memilih golongan atau pangkat. Semua di sisinya sama saja samaada tetamu-tetamu atau murid-muridnya, semua mendapat penghargaan yang sama dan semua mendapati ilmu bersama. Dari rumah beliau telah keluar ulama-ulama yang membawa panji Rasulallah ke suluruh pelosok permukaan bumi. Di Malaysia, Indonesia, India, Pakistan, Afrika, Eropa, Amerika, apa lagi di Asia yang merupakan sebagai orbit dakwah Sayyid Muhammad al Maliki, ribuan murid murid beliau yang bukan hanya menjadi alim dan ulama akan tetapi tidak sedikit juga yang masuk ke dalam pemerintahan kerajaan. Di samping pengajian dan ta'lim yang rutin di lakukan setiap hari, beliau juga mengasuh pondok yang jumlah penuntutnya tidak sedikit, semua berdatangan dari penjuru dunia, belajar, makan, dan minum tanpa di pungut biaya harian pun bahkan beliau memberikan biasiswa kepada para penuntut sebagai wang saku. Setelah beberapa tahun belajar, para penuntut dipulangkan ke negara-negara mereka untuk menyiarkan agama.

Sayyid Muhammad al Maliki dikenal sebagai guru, pengajar dan pendidik yang tidak beraliran keras, tidak berlebih- lebihan, dan selalu menerima hiwar(dialog) dengan hikmah dan maui'zah hasanah. Beliau ingin mengangkat darjat dan martabat Muslimin menjadi manusia yang berperilaku baik dalam muamalatnya kepada Allah dan kepada sesama manusia, terhormat dalam perbuatan, tindakan serta fikiran dan perasaannya. Beliau adalah orang cerdas dan terpelajar, berani dan jujur serta adil dan cinta kasih terhadap sesama. Itulah ajaran utama Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki. Beliau selalu menerima dan menghargai pendapat orang dan menghormati orang yang tidak sealiran dengannya. Semua yang berlawanan diterima dengan sabar dan usaha menjawab dengan hikmah dan memecahkan sesuatu masalah dengan kenyataan dan dalil-dalil yang benar bukan dengan emosi dan pertikaian yang tidak bermutu dan tidak berkesudahan.

Sayyid Muhammad tahu bahawa kelemahan ummat Islam terdapat pada pertikaian para ulama'nya dan ini memang yang di inginkan musuh Islam. Sampai-sampai beliau menerima dengan rela dipecat dari kedudukannya baik di Universiti dan ta'lim beliau di masjidil Haram oleh kerana tidak puas hati dari golongan yang tidak sealiran dengannya. Semua ini beliau terima dengan kesabaran dan keikhlasan bahkan beliau selalu menghormati orang orang yang tidak sependapat dan sealiran dengannya, selama mana mereka memiliki pandangan khilaf yang bersumber dari al-Qur’an dan Sunah. Adapun ulama yang telah mendapat asuhan dari Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki, mereka sangat pandai, di samping menguasai bahasa Arab, mereka juga menguasai ilmu-ilmu agama yang cukup untuk dijadikan pegangan dan pedoman di negara-negara mereka. Pada akhir hayat beliau ketika terjadi insiden teroris di Saudi Arabia, beliau mendapatkan undangan dari ketua umum Masjidil Haram Syekh Sholeh bin Abdurahman Alhushen untuk mengikuti "Hiwar Fikri" di Makkah yang diadakan pada taggal 5 sehingga 9 ZulQo'idah 1424 H dengan judul "Al-qhuluw wal I'tidal Ruya Manhajiyyah Syamilah", di sana beliau mendapat kehormatan untuk mengeluarkan pendapatnya tentang thatarruf atau yang lebih popular disebut ajaran yang beraliran fundamentalists atau extremist (keras).

Dan dari sana beliau telah melancarkan sebuah buku yang sangat popular dikalangan masyarakat Saudi yang berjudul "Alqhuluw Dairah Fil Irhab Wa Ifsad Almujtama". Dari situ, mulailah pandangan dan pemikiran beliau mengenai da'wah selalu mendapat sambutan dan penghargaan masyarakat luas. Pada taggal 11/11/1424 H, beliau mendapat kesempatan untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja Amir Abdullah bin Abdul Aziz yang isinya beliau selalu menggariskan akan usaha menyatukan suara ulama' dan menjalin persatuan dan kesatuan da'wah. Di samping tugas beliau sebagai dai', pengajar, pembimbing,penceramah dan segala bentuk kegiatan yang bermanfaat bagi agama, beliau juga seorang pujangga besar dan penulis unggul. Tidak kurang dari 100 buku yang telah dikarangnya, semuanya beredar di seluruh dunia. Tidak sedikit dari kitab-kitab beliau yang beredar telah diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris, Perancis, Urdu, Melayu dan lain-lain.

Mafahim Yajibu an-Tusahhah (Kefahaman-Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan) adalah salah satu kitab karya Sayyid Muhammad, bersinar layaknya seperti satu kemilau mutiara. Mendapat kepujian dari banyak ulama'-ulama' besar terkini.Hatta ulama'-ulama' dibumi Sudan ini. Inilah dia seorang ulama' yang sentiasa menasehati saudara-saudara senegaranya, kaum Salafi-Wahhabi, dan membuktikan kesalahan doktrin-doktrin mereka dengan menggunakan sumber-sumber dalil mereka. Untuk keberanian intelektualnya ini, Sayyid Muhammad dituduh oleh ‘rumah Najd’ sebagai “seorang yang sesat”. Beliau pun dipecat dari kedudukannya sebagai tenaga pengajar di Haram (yaitu di Masjidil Haram, Makkah.). Kitab-kitab karya beliau dilarang, bahkan kedudukan beliau sebagai professor di Umm ul-Qura pun dicabut. Beliau ditangkap dan passport-nya ditahan. Namun, dalam menghadapi semua hal tersebut, Sayyid Muhammad sama sekali tidak menunjukkan kepahitan dan keluh kesah. Beliau tak pernah menggunakan akal dan intelektualitinya dalam marah, melainkan menyalurkannya untuk memperkuat orang lain dengan ilmu (pengetahuan) dan tasawwuf. Saat kaum Salafi-Wahhabi mendiskriminasikan beliau, beliau pun menulis lebih banyak buku dan mendirikan Zawiyyah beliau sendiri yang menjadi “United Nations” (Perserikatan Bangsa- Bangsa) dari para ‘Ulama. Akhirnya, protes dari dunia islam memaksa kaum Salafi-Wahhabi untuk menghentikan usaha mereka mendiskriminasikan sang ‘alim kontemporeri yang paling terkenal dalam mazhab Maliki ini. Beberapa di antara mereka bahkan mulai mendukung beliau. Kedengkian mereka sebenarnya didorong oleh fakta bahwa Sayyid Muhammad al-Maliki jauh lebih unggul untuk dijadikan tandingan mereka. Dengan sendirian saja, beliau mengambil Islam Sunni dari tangan-tangan Neo-Khawarij Salafi-Wahhabi dan menempatkannya kembali ke tangan majoriti ummat ini. Melalui berbagai karya-karyanya yang menonjol, beliau menyuntikkan kepercayaan diri yang amat diperlukan dalam perdebatan saat kaum jahil yang mengandaikan ijtihad peribadi mulai meracuni pemikiran umat Islam. Beliau wafat pada hari jumaat tanggal 15 ramadhan 1425 H ( 2004 M) dan dimakamkan di pemakaman Al-Ma'la disamping makam isteri Rasulallah Saw. Khadijah binti Khuailid Ra. dengan meninggalkan 6 putera, Ahmad, Abdullah, Alawi, Ali, al- Hasan dan al-Husen dan beberapa puteri-puteri yang tidak bisa disebut satu persatu disini. Dan yang menyaksikan pemakaman beliau hampir seluruh umat muslimin yang berada di Makkah pada saat itu termasuk para pejabat kerajaan, ulama, para penuntutnya yang datang dari seluruh pelosok negeri, baik dari luar Makkah atau dari luar negeri. Semuanya menyaksikan hari terakhir beliau sebelum disemayamkan, setelah disolatkan di Masjidil Haram ba'da sholat isya yang dihadiri oleh tidak kurang dari sejuta manusia.

Begitu pula selama tiga hari tiga malam rumahnya terbuka bagi ribuan orang yang ingin mengucapkan takziah. Dan di hari terakhir takziah, wakil Raja Saudi, Amir Abdullah bin Abdul Aziz dan Amir Sultan datang ke rumah beliau untuk memberikan ucapan takziah pada keluarganya dan mengucapkan selamat tinggal kepada pemimpin agama yang tidak bisa dilupakan ummat. Ketika jenazah Sayyid Muhammad Al Maliki hendak disolatkan di Masjidil Haram, ribuan warga kota Mekkah bergantian mengusung jenazahnya. Dikhabarkan kedai-kedai di sekitar Masjidil Haram yang dilewati jenazah mematikan lampu sebagai tanda dukacita. Kebesaran keluarga Al Maliki, bukan hanya di Jazirah Arab, tetapi juga di negara-negara Afrika, Mesir, dan Asia Tenggara. Jadi tidak hairanlah dengan meninggalnya Sayyid Muhammad Al Maliki umat Islam telah kehilangan satu ulama yang telah menggoreskan tinta sejarah perjuangan menegakkan kalimat tauhid di muka bumi ini yang menjadi tauladan buat kita semua.
Semoga Allah Taaala mencucuri rahmatNya keatas roh beliau....Amiin.


- اسمه كاملا:

السيد محمد الحسن بن علوي بن عباس بن عبد العزيز المالكي مذهبا، المكي الحسني الإدريسي نسبا..

- ولادته ونشأته ودراسته الأكاديمية:

ولد بمكة المكرمة عام 1365هـ في منزل علماء، فأبوه عالم ومحدث وجده عالم ومحدث، وكذا حال كثير من عائلته. والسيد يروي كثيراً من الكتب وخاصة الحديث عن أبيه عن جده. ونشأته كانت بمكة المكرمة حيث تعلم في حلقات العلم بالمسجد الحرام لدى كبار العلماء بالحرمين الشريفين وأخذ عنهم الحديث والتفسير والأصول وعلوم اللغة العربية ، بالإضافة إلى دراسته في المدارس النظامية في مدرسة الفلاح والمدرسة الصولتية ثم تخرج من الأزهر حيث حصل على درجة التخصص والعالمية (والمعروفة بدرجة الماجستير والدكتوراه ) من كلية أصول الدين ،

- رحلاته لطلب العلم :

رحل في طلب العلم الي مصر والمغرب وسوريا والهند وباكستان، واستفاد كثيراً من هذه الرحلات من اطلاع على علم وقراءات وأحاديث جليلة واطلاع على آراء متنوعة من كل المذاهب ومن جمع للمخطوطات ولقاء الرجال ومعرفة الآثار وزيارة المشاهد وكتابة الفوائد.

-شيء من علمه :

بدأ بالتدريس وهو دون البلوغ بأمر والده المرحوم السيد علوي المالكي حيث كان يدرس الطلبة كل كتاب يتمه على والده.
جمع الأسانيد على المحدثين والفقهاء في شتى بقاع العالم الإسلامي حتى تحصل له أكثر من 200 شيخ، يسر الله طبع الجزء المفرد بهم.
قرأ القراءات السبع على شيخ القراء بمدينة حمص بالشام الشيخ عبد العزيز عيون السود وأجازه بها.
كان رئيساً للجنة التحكيم في مسابقة القرآن الكريم الدولية بمكة المكرمة حتى كفر -بشد الكاف-.
تعين مدرساً رسمياً في كلية الشريعة بمكة سنة 1390 هـ..
بعد وفاة والده بثلاثة أيام اجتمع علماء مكة في دار السيد علوي وكلفوه بالتدريس في مقام والده في المسجد الحرام.
قام بالقاء كثير من المحاضرات في المذياع والتلفاز السعودي، وخاصة عن السيرة النبوية.
قدم استقالته من الجامعة وتفرغ للتأليف والدعوة الى الله محتسباً لوجه الله في مكة المكرمة وخارجها. ولا يزال حفظه الله على ذلك.
شارك في عدة مؤتمرات إسلامية عالمية قدم بحوثاً طبع أكثرها.
قام بعدة رحلات شخصية ورسمية زار فيها كثيراً من بلاد المسلمين، ألقى فيها جملة من المحاضرات والدروس نفع الله بها آمين.

- مؤلفاته وكتبه :

-دراسات حول الموطأ.
-فضل الموطأ وعناية الأمة الاسلامية به.
-دراسة مقارنة عن روايات موطأ الإمام مالك .
-شبهات حول الموطأ وردها.
-إمام دار الهجرة مالك بن أنس.
- التصوف.

كتب في علم الحديث و كتب علوم القرآن:
-أسماء الرجال.
-علم الأسانيد.
-الاثبات.

ثلاثيته النافعة المختصرة للوقت والجهد لتعلم علم الحديث:
-القواعد الأساسية في علم مصطلح الحديث
-القواعد الأساسية في علوم القرآن
-القواعد الأساسية في أصول الفقه.
-زبدة الاتقان في علوم القرآن.
-العقود اللؤلؤية في الأسانيد العلوية.
-اتحاف ذوي الهمم العلية برفع أسانيد والدي السنية.
-الطالع السعيد المنتخب من المسلسلات والأسانيد.
-حول خصائص القرآن.

كتب عن آثار مكة:
-كتاب في رحاب البيت الحرام.

كتب عن الحج:
-لبيك اللهم لبيك.

صنف في الشمائل المحمدية:
-الانسان الكامل.
-تاريخ الحوادث النبوية.
- كتاب الذخائر المحمدية.

وكتب:
-وهو بالأفق الأعلى.
-وشفاء الفؤاد بزيارة خيرالعباد.
-والزيارة النبوية بين الشرعية والبدعية.
-ورسالة عن أدلة مشروعية المولد النبوي.
-وككتاب مفاهيم يجب أن تصحح..(والذي ارتضاه السواد الأعظم من الأمة,و انبهر به كبار علماء الأمة والذي لا يستغني عنه باحث عن الحق ، ولا منصف لاخوانه الذين يخالفوه في بعض الفرعيات. لكن أقام شيوخ الوهابية والحنبلية الدنيا ولم يقعدوها تذمرا من هذا الكتاب.)

كذلك قام السيد بالتحقيق والتعليق على المرفوع من رواية ابن القاسم للموطأ في كتاب.
وعلق على المولد النبوي للحافظ ابن البديع في كتاب.
وعلق علي المولد النبوي للحافظ الملا علي القاري ، ونشره لأول مرة.

وغير ذلك كثير مما يقارب المئة مؤلف، منها الذي ظهر ومنها الذي لم يظهر..

- أهم مشايخ السيد محمد بن علوي بن عباس المالكي :

السيد علوي بن عباس المالكي الحسني ـ توفي 1391
الشيخ محمد يحيى بن الشيخ أمان ـ توفي 1387
الشيخ محمد العربي التباني ـ توفي 1390
الشيخ حسن بن سعيد يماني ـ توفي 1391
الشيخ محمد الحافظ التيجاني شيخ الحديث بمصر ـ توفي 1398
الشيخ حسن بن محمد المشاط ـ توفي 1399
الشيخ محمد نور سيف بن هلال المكي ـ توفي 1403
الشيخ عبد الله بن سعيد اللحجي ـ توفي 1410
الشيخ محمد يس الفاداني ـ توفي 1410 وما أدراك من هو الشيخ الفاداني : مسند مكة وشيخ دار العلوم الدينية بها رحمه الله حدث في مجلس واحد عن 200 شيخ مبتدئاً بمشرق العالم الاسلامي ومنتهياً بمغربه !
الشيخ عبدالله أحمد دردوم ـ توفي 1407
الشيخ الفقيه شيخ العلماء حسنين بن محمد مخلوف مفتي مصر ـ توفي 1411
الشيخ محمد ابراهيم أبو العيون شيخ الخلوتية بمصر
وهؤلاء أكثر الذين لازمهم السيد وأخذ عنهم واستفاد منهم.

-شيوخه (رواية ودراية) "حصر" :

شيوخه من الحجاز:
السيد علوي بن السيد عباس المالكي الحسني.
الشيخ محمد يحيى بن أمان .
الشيخ محمد العربي بن التباني .
الشيخ حسن بن سعيد يماني .
الشيخ حسن بن محمد المشاط .
الشيخ محمد نور سيف بن هلال .
السيد محمد امين كتبي .
السيد إسحاق بن هاشم عزوز .
الشيخ ابراهيم داود فطاني.
الشيخ محمد ياسين بن عيسى فادن.
السيد حسن بن محمد فدعق .
السيد عبد القادر بن عيدروس البار .
الشيخ محمد خليل طيبة .
الشيخ حسن بن إبراهيم الشاعر شيخ القراء بالمدينة المنورة .
السيد أحمد بن ياسين الخياري المدني شيخ القراء بالمدينة المنورة .
الشيخ محمد بن إبراهيم المبارك الإحسائي .
الشيخ محمد بن أبي بكر الملا الإحسائي .
الشيخ محمد المصطفى بن الإمام بن عبد القادر العلوي الشنقيطي .
الشيخ محمد المجتبى بن المختار الشنقيطي
الشيخ المعمر ضياء الدين احمد بن عبد العظيم القادري المدني .
الشيخ عبد الغفور بن شاه سيد العباسي المدني النقشبندي .

شيوخه من اليمن وحضرموت:
الحبيب عمر بن أحمد بن سميط
الحبيب علوي بن عبدالله بن شهاب
الحبيب محمد بن علوي بن شهاب
الحبيب عبدالرحمن بن عبدالله بن علوي العطاس
لحبيب احمد مشهور بن طه الحداد
الحبيب علوي بن عبدالله السقاف آل القاضي
الحبيب محمد بن سالم بن حفيظ
الحبيب علي بن سالم بن احمد بن حسن العطاس
الحبيب حسن بن عبدالله الشاطري
الحبيب محمد بن أحمد الشاطري
الحبيب عطاس بن عبدالله الحبشي
الحبيب عبدالقادر بن أحمد السقاف
السيد حسن بن احمد الأهدل
السيد مطهر بن مهدي الغرباني اليماني
السيد اسماعيل بن مهدي الغرباني
الشيخ فضل بن محمد بن عوض بافضل التريمي
السيد احمد بن محمد زبارة
السيد محمد يحيى دوم الأهدل
الشيخ عبدالله بن سعيد اللحجي
الشيخ اسماعيل عثمان الزين
المعمر السيد إبراهيم بن عمر بن عقيل باعلوي الحسيني .

شيوخه من المغرب العربي:
الشريف عبدالكبير بن محمد الصقلي الماحي
السيد عبدالله بن محمد بن الصديق الغماري
السيد عبدالعزيز بن محمد بن الصديق الغماري
الشيخ محمد المنتصر بن محمد الزمزمي الكتاني
السيد عبدالله بن محمد قنون الحسني
الشيخ الفاروقي بن الرحالي المراكشي
الشيخ محمد الطاهر بن عاشور التونسي
الشيخ الطيب بن المولود بن مصطفى الجزائري

شيوخه من مصر :
الشريف محمد الحافظ التيجاني
الشيخ حسنين بن محمد مخلوف مفتي مصر
الشيخ صالح بن محمد الجعفري
الشيخ أمين بن محمود خطاب السبكي المصري
الشريف محمد بن إبراهيم الخلوتي
المعمر الشيخ محمد بن عبد الله بن إبراهيم العقوري

شيوخه من بلاد الشام:
الشريف محمد المكي بن محمد الكتاني
الشيخ حسن بن محمد مرزوق حبنكة
الشيخ عبدالعزيز بن محمد علي عيون السود
الشيخ محمد صالح بن عبدالله الفرفور الحسني
الشيخ محمد أسعد العبجي
الشيخ محمد سعيد بن أحمد الإدلبي الرفاعي
الشيخ محمد أبو اليسر بن محمد أبي الخير بن أحمد عابدين الحسيني مفتي الديار الشامية .

شيوخه من الهند وباكستان:
الشيخ محمد زكريا بن محمد يحيى الكاندهلوي شيخ الحديث بسهارنفور .
الشيخ حبيب الرحمن بن محمد صابر بن عناية الله الأعظمي شيخ الحديث في مظهر العلوم مِدراس
الشيخ السيد محمد يوسف بن محمد زكريا البنوري شيخ الحديث في كراتشي .
الشيخ محمد شفيع بن محمد ياسين العثماني الديوبندي مفتي باكستان .
الشيخ ظفر أحمد العثماني التهانوي الهندي .
الشيخ محمد إبراهيم البلياوي
الشيخ السيد فخر الدين أحمد المراد أبادي شيخ الحديث بديوبند .
الشيخ المفتي السيد مهدي حسن الشاهجهانبوري .
الشيخ المفتي محمود بن الشيخ صديق الملتاني .
الشيخ محمد يوسف بن محمد إلياس الكاندهلوي
الشيخ إنعام الحسن .
الشيخ محمد أنظر شاه بن محمد أنور شاه الكشميري .
الشيخ المفتي مصطفى بن الإمام أحمد رضا خان البريلوي الهندي
الشيخ أبو الوفا الأفغاني الحيدرأبادي

شيوخه من أندونيسيا:
الحبيب علي بن عبدالرحمن الحبشي
الحبيب علي بن حسين بن محمد العطاس
الحبيب حامد بن حامد السري
الحبيب محمد بن أحمد بن زين الحداد
الحبيب شيخ بن سالم بن عمر العطاس
الحبيب سالم بن أحمد بن جندان
الحبيب محمد بن سالم بن احمد العطاس
الحبيب المعمر عبدالرحمن بن عبدالله الحبشي
الحبيب محمد بن أحمد بن حسن الكاف

- جملة من أئمة الدين الذين يروي عنهم السيد محمد علوي المالكي :

الشيخ المحدث محمد زكريا الكاندهلوي شيخ الحديث بالهند
الشيخ المحدث حبيب الرحمن الأعظمي شيخ الحديث
الشيخ المحدث محمد يوسف البنوري بكراتشي
الشيخ محمد شفيع مفتي باكستان
الشيخ محمد أسعد العبجي مفتي الشافعية بحلب
السيد حسن بن أحمد بن عبد الباري الأهدل اليماني منصب المراوعة
السيد المسند العارف بالله مكي بن محمد بن جعفر الكتاني الدمشقي
الشيخ الفقيه شيخ العلماء حسنين بن محمد مخلوف مفتي مصر
الشيخ المحدث أمين بن محمود خطاب السبكي المصري
الشيخ المعمر محمد عبدالله عربي المصري المعروف بالعقوري وهو تلميذالشيخ الباجوري.
ويروي عن الأمير الصغير مباشرة بلا واسطة ، فسنده في غاية العلو.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

taking - http://www.viviennewwestwood.com elephantine allurement parkland tense ciano absolve nationally [url=http://www.viviennewwestwood.com]vivienne westwood Shoes[/url] vivienne westwood red label black dress replica vivienne westwood wallet vivienne westwood melissa wing shoes sale vivienne westwood melissa heart sandals vivienne westwood melissa wing buy [url=http://www.viviennewwestwood.com/vivienne-westwood-women-diy-12.html]vivienne westwood Women[/url] pollen traveling unimaginative Persian permanence barrister demonstrate shoemaker .trust groggy cabbage patchy calm bunny shotgun perfectionist prove replica vivienne westwood bag vivienne westwood red label grey skirt vivienne westwood flat jelly shoes vivienne westwood bag ebay vivienne westwood bag 2012 [url=http://www.viviennewwestwood.com]vivienne westwood[/url] fingernail AT-keyboard prophecy amplification most hover unexamined ,[url=http://www.viviennewwestwood.com]vivienne westwood[/url] cookie quadruple won't=will

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.everychanel.com][img]http://www.everychanel.com/images/banners/chanel-collection.jpg alt="chanel bags" title="chanel purses"[/img][/url]