Translate

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014
*Pra Tahfiz Al-Quran (5 Juzuk) *Sistem Pengajian Pondok *Bertalaqqi *Pengajian Kitab Jawi *Pengajian Kitab Arab *Belajar Bahasa Arab *Tiada Pengajian Akademik *Asrama Disediakan

القرآن

Peta Pusat Pengajian Islam Berdasarkan Google Maps


Lihat Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri dalam peta yang lebih besar

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul

MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.

· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.

· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.

· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.

· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Sabtu, Oktober 23, 2010

SHEIKH HJ. MD. YUNUS, MUFTI NEGERI MELAKA YANG KETIGA

DATUK SHEIKH HJ. MD. YUNUS BIN HJ. MOHD. YATIM-Tempoh perkhidmatan : 1979M- 1996M
DATUK SHEIKH HJ. MD. YUNUS BIN HJ. MOHD. YATIM dilahirkan di Kampung Kandang, Batu 5 Melaka pada 21.12.1929. Beliau merupakan anak yang ketujuh dari dua belas adik beradik. Bapanya bernama Haji Mohd. Yatim bin Haji Mohamad Zin, berasal dari Bukit Lintang, Melaka juga merupakan Imam Masjid Kandang. Ibunya bernama Hajjah Sikmah binti Saeman berasal dari Kampung Kandang, Batu 5 Melaka.
Datuk Sheikh Hj. Md. Yunus mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kandang hingga darjah enam, kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Al-Khairiyah Air Molek selama satu tahun. Menyambung pelajaran ke Sekolah Al-Nurian Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka selama dua tahun.
Beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Al-Mashyor Pulau Pinang selama dua tahun. Kemudian berangkat ke Mesir memasuki Universiti Al-Azhar selama enam tahun sehingga memperolehi Ijazah Al-Aliya (BA) Al-Alalamiah (MA) Jurusan Syariah dan Kanun. Balik ke Melaka pada tahun 1959 menjadi Kerani Seranta dan telah mendirikan rumah tangga dengan Hajjah Kalsom binti Haji Abdul Wahab dan dikurniakan dengan dua orang cahayamata. Tahun 1968 beliau dilantik menjadi Kadi Tetap, tahun 1972 memangku Kadi Besar Melaka dan tahun 1974 menjadi Kadi Besar Wilayah Persekutuan selama enam tahun. Pada 16.8.1979 dilantik menjadi Mufti Negeri Melaka.
Pada tahun 1984 beliau bersara dan menyambung jawatan Mufti secara kontrak dari satu tahun ke satu tahun hingga 28.2.1996. Beliau dikurniakan Darjah Kebesaran oleh Kerajaan Persekutuan (KMN) dan (JSM). Kerajaan Negeri Melaka pula telah mengurniakan Darjah Kebesaran (DMSM). Beliau mengajar di Masjid-Masjid Negeri Melaka dan juga memberi ceramah agama di merata tempat selain dari Negeri Johor, Wilayah Persekutuan dan lain-lain tempat. Banyak menulis rencana dan risalah-risalah agama. -Sumber Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Tiada ulasan: