القرآن

Isnin, Oktober 31, 2011

Majlis Aidil Adha


Salam Aidil Adha yang bakal menjelang kepada semua pengunjung blog rasmi Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri. Bersempenaan dengan perayaan akbar bagi umat islam ini, kami bagi pihak Pusat Pengajian Islam telah mengatur program khas untuk raya haji kali ini. Termasuklah menyembelih dua ekor binatang korban (kerbau/lembu)untuk tahun ini. Berikut ini adalah tentatif khas bagi hari raya pertama:

7.30 pg: Dimulakan dengan bertakbir raya beramai-ramai.
8.00 pg: Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha
8.15 pg: Khutbah Khas Aidil Adha
9.00 pg: Jamuan Ringan (Dialu-alukan Membawa Juadah Bersama)
9.30 pg: Majlis Sembelihan Qurban
10.00 pg: Gotong-Royong Melapah Dan Membahagikan Daging Korban
1.15 ptg: Solat Zohor Berjemaah
2.00 ptg: Bersurai

Dengan demikian, kami menjemput kepada semua yang berkesempatan untuk hadir ke Majlis Aidil Adha yang kami anjurkan untuk tahun ini.


"Selamat Hari Raya Aidil Adha"

"عيد الأضحى المبارك"

0 ulasan:

Catat Ulasan