Translate

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014
*Pra Tahfiz Al-Quran (5 Juzuk) *Sistem Pengajian Pondok *Bertalaqqi *Pengajian Kitab Jawi *Pengajian Kitab Arab *Belajar Bahasa Arab *Tiada Pengajian Akademik *Asrama Disediakan

القرآن

Peta Pusat Pengajian Islam Berdasarkan Google Maps


Lihat Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri dalam peta yang lebih besar

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul

MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.

· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.

· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.

· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.

· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Jumaat, Mei 25, 2012

KELEBIHAN BULAN REJAB

Firman Allah Taa’la:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ
“Bahawa sesungguhnya bilangan-bilangan bulan disisi Allah itu dua belas bulan yang telah ditetapkan didalam Kitab Allah (Luh Mahfuz) semenjak hari diciptakan langit dan bumi lagi. Sebahagian daripadanya ialah empat bulan haram (berperang padanya)”. Antara bulan-bulan yang dinamakan Asyharul Haram itu ialah bulan rejab yang mulia. Kebanyakan ulama’ meriwayatkan hadis yang amat banyak tentang kelebihan bulan rejab. Tetapi ulama’-ulama’ hadis menyatakan bahawasanya kebanyakan hadis-hadis itu dhoif. Akan tetapi kami tetap menyebutkan hadis-hadis itu disini kerana berdasarkan ijma’ ulama’ yang memfatwakan harus beramal dengan hadis yang dhoif untuk tujuan fadhoilul a’mal (menggemarkan dalam berbuat amal kebaikan) selagi ia bukanlah hadis-hadis maudhu’ (hadis rekaan) dan tidak terkeluar daripada landasan syariat. Disini diambil beberapa mafhum hadis daripada kitab Jamu’l Fawaid dan Tuhfatul Ikhwan:
1. Daripada Abu Darda’ (r.a), daripada Nabi (s.a.w): Barang siapa yang berpuasa sehari daripada bulan rejab, maka seolah-olah ia mengerjakan ibadat seumur hidupnya dalam keadaan puasa lagi berdiri mengerjakan sembahyang selama-lamanya. Maka jika ia berpuasa dibulan rejab diserukan kepadanya daripada pihak langit dengan katanya: “Bersukalah wahai wali Allah dengan Karomatul U’zma (kemuliaan yang besar)”. Juga diberi minum kepadanya pada ketika hendak matinya (sakarotul maut). Jikalau dia mati pada hari itu, maka dia mati dalam keadaan puasa, masuk kedalam kuburnya dalam keadaan puasa, keluar daripada kubur dalam keadaan puasa dan masuk ke syurga juga dalam keadaan puasa. Kata Abu Darda’: Makna Karomatul U’zma itu ialah melihat Wajhul Karim (zat Allah Yang Maha Mulia)
2. Daripada Tsauban (r.a) berkata ia: Adalah kami berjalan dengan Rasulullah (s.a.w), lalu kami melalui tanah perkuburan. Lalu Nabi (s.a.w) berhenti sejenak kemudian baginda menangis teresak-esak dan bersabda: Wahai Tsauban! Mereka itu (yakni ahli-ahli kubur itu) sedang diseksa didalam kubur masing-masing. Dan aku berdoa kepada Allah Taa’la supaya diampunkan dan diringankan seksaan mereka. Wahai Tsauban! Jikalau puasalah mereka itu sehari saja dibulan rejab dan berdiri mengerjakan ibadat semalam saja dibulan rejab nescaya tidak akan diseksa didalam kubur mereka. Maka jawabku: Ya Rasulallah! Adakah dengan sehari berpuasa dan semalaman berdiri sembahyang saja boleh menghindarkan seksa kubur mereka itu? Lalu sabdanya: Bahkan ya Tsauban! Demi Tuhan yang mengutuskan daku dengan sebenarnya sebagai seorang nabi, tiada seorang pun muslim dan muslimah yang berpuasa sehari dibulan rejab dan berdiri sembahyang dimalamnya berkehendak semata-mata kerana Allah, melainkan dituliskan untuknya pahala ibadat kadar setahun yang berpuasa disiang harinya dan berdiri sembahyang dimalam harinya.
3. Daripada Sahal Bin Saa’d (r.a), daripada Nabi (s.a.w): Ketahui olehmu bahawasanya rejab itu daripada bulan Asyharul Haram. Dan pada bulan rejab inilah dilayarkan Nabi Nuh oleh Allah didalam perahunya. Lalu berpuasalah Nabi Nuh dan menyuruh orang-orang yang bersamanya dengan berpuasa. Maka sebab itulah diselamatkan Nabi Nuh daripada bencana karam dan tenggelam dan disucikan oleh Allah permukaan bumi ini daripada kufur dan tughyan.
4. Daripada Salman Al-Farisi (r.a), daripada Nabi (s.a.w): Barang siapa berpuasa sehari dibulan rejab, seumpama ia berpuasa seribu tahun dan seumpama ia memerdekahan seribu orang hamba sahaya. Dan barang siapa bersedekah pada bulan rejab dengan satu sedekah sahaja, seumpama ia bersedekah dengan seribu dinar. Dan dituliskan dengan tiap-tiap urat bulu roma yang berada diseluruh jasad tubuhnya, dengan seribu kebajikan, diangkatkan untuknya seribu pangkat, dihapuskan daripadanya seribu kejahatan. Dan ditulis untuknya dengan tiap-tiap hari puasanya dan tiap-tiap sedekah yang disedekahkannya, dengan ganjaran pahala seribu haji dan seribu umrah. Dijadikan untuknya didalam syurga seribu kampung, seribu mahligai, seribu bilik dan seribu khemah. Pada setiap khemah seorang bidadari. Setiap bidadari itu terlebih bercahaya daripada matahari dengan seribu kali ganda. Subhanallah..
5. Daripada Ibnu Masu’d (r.a), daripada Nabi (s.a.w): Barang siapa berpuasa tiga hari daripada bulan rejab dan berqiyamullail pada malamnya, maka untuknya ganjaran pahala seperti berpuasa dan beqiyamullail selama tiga ribu tahun. Diampun Allah Taa’la untuknya dengan tiap-tiap hari itu tujuh puluh dosa-dosa besar dan ditunaikan tujuh puluh hajatnya tatkala hendak keluar nyawanya, tujuh puluh hajat didalam kuburnya, tujuh puluh hajat tatkala diberikan buku catatan amalannya, tujuh puluh hajat tatkala ditimbang amalannya dineraca mizan, dan tujuh puluh hajat ketika melalui titian siratul mustaqim.
ANTARA PERKARA YANG DISUNATKAN PADA BULAN REJAB
1. Membanyakkan Puasa: Daripada Nabi (s.a.w) : Diseru pada hari qiamat; Wahai orang yang membanyakkan puasa dibulan rejab! Masuklah kamu kedalam syurga berjiran dengan Allah Azza Wa-Jalla.
2. Bersedekah: Daripada Nabi (s.a.w): Barang siapa bersedekah pada bulan rejab, nescaya dijauhkan dia daripada api neraka seperti kadar terbangnya burung gagak semenjak menetas dari telurnya sehingga ia mati dihari tuanya. Ditanya akan Rasulullah (s.a.w) tentang orang yang lemah daripada berpuasa dibulan rejab. Apakah yang perlu dibuatnya? Sabdanya: Hendaklah ia bersedekah pada tiap-tiap hari dengan sekeping roti. Jikalau tidak dapat bersedekah? Sabdanya: hendaklah ia membaca: (سبحان من لا يبتغي التسبيح الا له سبحان الأعز الأكرم سبحان من ليس العز وهو له أهل)
3. Mandi: Disebut didalam hadis Nabi (s.a.w): Muliakan olehmu akan bulan rejab, nescaya dimuliakan kamu oleh Allah dengan seribu keramat pada hari qiyamat. Dan barang siapa mandi pada awal rejab atau pertengahannya atau pada akhirnya, nescaya dikeluarkan daripada dosanya seperti dilahirkan dia oleh ibunya.
4. Membanyakkan Istighfar: Kata Wahab Ibnu Munabbih (r.a): Aku telah membaca setengah daripada beberapa Kitabullah yang diturunkan terdahulu: Barang siapa mengucap istighfar pada tiap-tiap pagi dan petang dibulan rejab seraya mengangkat tangannya dan berkata: (اللهم اغفرلى وارحمنى وتب على) sebanyak tujuh puluh kali, nescaya tidak menyentuh api neraka akan kulit tubuhnya.
5. Menggembirakan Orang Mukmin: Sabda Nabi (s.a.w): Barang siapa yang membukakan kekeruhan atau kesempitan daripada orang mukmin pada bulan rejab, nescaya diberikannya oleh Allah didalam syurga firdaus itu mahligai yang seluas mata memandang.

Tiada ulasan: