Translate

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014
*Pra Tahfiz Al-Quran (5 Juzuk) *Sistem Pengajian Pondok *Bertalaqqi *Pengajian Kitab Jawi *Pengajian Kitab Arab *Belajar Bahasa Arab *Tiada Pengajian Akademik *Asrama Disediakan

القرآن

Peta Pusat Pengajian Islam Berdasarkan Google Maps


Lihat Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri dalam peta yang lebih besar

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul

MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.

· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.

· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.

· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.

· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Khamis, Julai 05, 2012

Tuan Guru Hj. Abdullah Bin Mohammad Dalam Kenangan


Latar Belakang Dan Pendidikannya
Dilahirkan pada tahun 1916 di Kampung Guai, Temerloh, Pahang. Tuan guru lebih dikenali dengan panggilan TOK GURU HAJI DOLLAH atau ABAH. Pendidikannya bermula di Pondok Lambur Wakaf Baru, Kelantan, Tn. Guru Haji Awang. Kemudian ke Pondok Jambu Kota Bharu, Kelantan, bergurukan Tn. Guru Hj. Mohamad Pauh. Kemudian melanjutkan lagi ke Pondok Bunut Payung, Kelantan, dibimbingi Tn. Guru Hj. Abdullah Tahir.
Buka Pondok Di Temerloh
Pengasas dan Mudir Pertama Madrasah An-Najah atau lebih dikenali dengan panggilan Pondok Bukit Keledang. Pondok ini mula dibuka pada tahun 1957 sehinggalah sekarang. Pada tahun 1961 – Ia dimulakan dengan Sekolah Arab Perempuan sahaja selama 3 tahun. Dalam tahun 1973 dibantu oleh menantunya Tuan Guru Hj. Mohammad B. Ilyas, yang dilahirkan pada tahun 1945 dan berasal dari Kg Tualang Salak Jelawat, Bachok, Kelantan. Pendidikannya di Pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu, Kelantan (tahun 1956-1969), berguru dengan Tn. Guru Hj.Mustafa b. Abu Bakar dan Tn. Guru Hj. Abdul Aziz b. Abu Bakar. Pada tahun 1974, Almarhum Tn. Guru Hj. Abdullah menyerahkan pentadbiran Madrasah An-Najah sepenuhnya kepada menantunya dan membuka pondok baru di Padang Luas, Bera (Madrasah Darul Huda, Bera) sehingga tahun 1996. Sekarang ini pondok itu masih diteruskan lagi oleh Ustaz Sulaiman b. Mohammad (Tenaga Pengajar). Beliau ialah sepupu kepada Almarhum Tuan Guru. Sistem pengajian di kedua-dua pondok yang diasasnya ialah Pendidikan Agama sepenuhnya dan menyeluruh menggunakan Kitab Pondok, Kitab Arab dan Jawi serta Ilmu Alat. Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke Pondok Moden di Kelantan dan juga ke Timur Tengah (Mesir,Yaman).
Perjuangan Politik
Almarhum Tn. Guru Hj. Abdullah juga antara pengasas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) cawangan Kg. Bukit Keledang (cawangan PAS tertua di Parlimen Temerloh). Beliau juga pernah bertanding mewakili PAS di Parlimen Temerloh suatu ketika dahulu menentang Al-Marhumah bonda Sudirman Hj. Arsyad yang mewakili UMNO. Beliau mendapat tidak sampai 100 undi sahaja.
Sebutir Permata Yang Hilang
Pada tahun 1996 seluruh Pahang gempar dengan meninggalnya seorang tokoh ulamak dan pendidik yang terkenal di negeri ini. Beliau memang terkenal di negeri ini lebih-lebih lagi dengan siri Kuliah Jumaatnya di Masjid Besar Daerah Temerloh yang sentiasa dihadiri oleh ratusan hadirin. Jenazah beliau diiringi oleh ribuan anak muridnya dan masyarakat setempat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam bersebelahan dengan Madrasah An-Najah, Pondok yang beliau sendiri asaskan. Beliau meninggalkan 2 orang isteri dan 4 orang anak. Moga-moga Allah mencucuri rahmat-Nya keatas rohnya dan menempatkannya di Jannatul Firdaus. Aamiin.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

almarhum bertanding pada tahun 55 sebelum merdeka sumber ust sulaiman(aki net)