Translate

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014
*Pra Tahfiz Al-Quran (5 Juzuk) *Sistem Pengajian Pondok *Bertalaqqi *Pengajian Kitab Jawi *Pengajian Kitab Arab *Belajar Bahasa Arab *Tiada Pengajian Akademik *Asrama Disediakan

القرآن

Peta Pusat Pengajian Islam Berdasarkan Google Maps


Lihat Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri dalam peta yang lebih besar

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul

MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.

· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.

· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.

· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.

· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Khamis, November 01, 2012

Raya Qurban Terakhir Buat Bonda

Hari raya qurban tahun ini adalah raya terakhir buat bonda tercinta. Setelah seharian beraya dan bermesra dengan anak cucu yang pulang berhari raya, malam raya yang kedua bondaku diserang semput dan sesak nafas yang kronik. Dengan segera kami menghantar bondaku ke Hospital Besar Temerloh di wad ICU. Keesokannya bondaku dipindahkan ke Wad Jantung (CCU), kerana masalah jantungnya. Selepas empat hari kami bertukar-tukar shif menjaga bondaku, pada pagi sebelum subuh rabu 31.10.2012 pihak wad menelefonku suruh datang masuk ke bilik wad bondaku. Bila tiba disana doktor menyatakan denyutan jantung bondaku telah berhenti sejak 20 minit yang lalu. Lalu ku terkedu tak tahu nak kata apa. Hanya ku harapkan Allah memberi ketabahan dan kesabaran padaku. Jenazah bondaku selamat dikebumikan selepas zohor ditempat yang beliau wasiatkan, taman syurga tempat bonda belajar dan mendengar majlis ilmu setiap hari selama berbelas-belas tahun, Madrasah An-najah Pondok Bukit Keledang, Bera, Pahang. Bondaku pulang kerahmatullah dalam umurnya genap 68 tahun. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan oleh Allah Taa'la di Jannatul Firdaus berjiran dengan Nabi Muhammad (s.a.w). Marilah sama-sama kita sedeqahkan pahala Al-Fatihah untuk roh bondaku Hasnah Binti Omar/Jamilah. ~"Al-Fatihah"~

Tiada ulasan: