Translate

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014
*Pra Tahfiz Al-Quran (5 Juzuk) *Sistem Pengajian Pondok *Bertalaqqi *Pengajian Kitab Jawi *Pengajian Kitab Arab *Belajar Bahasa Arab *Tiada Pengajian Akademik *Asrama Disediakan

القرآن

Peta Pusat Pengajian Islam Berdasarkan Google Maps


Lihat Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri dalam peta yang lebih besar

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul

MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.

· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.

· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.

· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.

· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Isnin, Disember 16, 2013

SISTEM PENGAJIAN PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Pusat Pengajian Islam ini menggunakan kaedah pengajian pra tahfiz dan sistem pondok tradisional iaitu sebuah sistem pendidikan yang tersendiri dan unik. Sistem talaqqi (menadah kitab) merupakan sistem utama yang diamalkan. Di sini, guru-guru dan ustaz bukan setakat sebagai seorang tenaga pengajar, akan tetapi sebagai qudwah (teladan) bagi pelajar-pelajar, di samping sebagai penasihat dan pembimbing pelajar tersebut sepanjang masa. Perkara ini berterusan sehinggalah pelajar tersebut mampu untuk membaca kitab sendiri seterusnya mampu mengajar dan keluar sebagai seorang guru/ustaz yang baru untuk mengembangkan sistem pondok ini khususnya dan Islam amnya. Sistem ini menggunakan dua kaedah:
1.Teori:
- Belajar kitab dengan guru-guru dan para asatizah.
- Mengulangkaji pengajian dengan senior atau mempelajari dan bermuzakarah kitab-kitab yang tidak diajar.
2.Amali:
- Amalan-amalan harian.
- Pelajar mengikut arahan guru/ustaz.
Selain itu kelas dibahagikan kepada:
1. Untuk pelajar (akan menduduki peperiksaan).
2. Untuk mustami' (pendengar, tidak akan menduduki peperiksaan).
3. Umum untuk penduduk setempat.
Kitab-kitab yang diajar:
•Kitab Jawi
•Kitab Arab
•Tiada pengajian akademik
TEMPOH DAN JANGKA MASA PENGAJIAN:
Sistem pengajian pondok ini tidak mempunyai tempoh tertentu. Ini disebabkan sistem pengajian pondok lebih kepada menitik beratkan kemampuan pelajar itu menerima setiap pelajaran serta kemampuan mereka terhadap pelajaran tersebut. Oleh yang demikian pelajar yang benar-benar mampu sahaja akan menghabiskan pengajian dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun mereka yang tidak mampu mengikuti pelajaran tersebut mungkin perlu mengulangi pelajaran sehinggalah mereka benar-benar mampu. Walaupun begitu, pihak kami menghadkan sekurang-kurang pengajian disini hendaklah selama lima tahun keatas. Kemudian pelajar diberi pilih sama ada mahu terus belajar dan berkhidmat di Pusat Pengajian Islam atau meneruskan pengajian ke tempat lain.
HALA TUJU:
Setelah lima tahun belajar disini, pelajar boleh memilih menyambung pengajian dalam bidang agama atas perbelanjaan sendiri ke Pusat Pengajian Pondok yang lain:
Dalam Negara - seperti Pondok Pasir Tumbuh dan Pondok Gelang Mas di Kelantan, Pondok Wakaf Tapai dan Pondok Langkap di Terengganu, Pondok Lanai dan Pondok Az-Zuhdiah di Kedah atau Pusat-Pusat Pengajian Pondok yang lain di Malaysia.
Luar Negara – Pondok-Pondok Pattani di Selatan Thailand, Pondok Pasantren di Indonesia, Rubat-Rubat Habaib di Hadhramaut, Yaman dan Khalawe-Khalawe Tahfizul Quran di Sudan.

Tiada ulasan: