Translate

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014

Pengambilan Pelajar Generasi Pertama 2014
*Pra Tahfiz Al-Quran (5 Juzuk) *Sistem Pengajian Pondok *Bertalaqqi *Pengajian Kitab Jawi *Pengajian Kitab Arab *Belajar Bahasa Arab *Tiada Pengajian Akademik *Asrama Disediakan

القرآن

Peta Pusat Pengajian Islam Berdasarkan Google Maps


Lihat Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri dalam peta yang lebih besar

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul

MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.

· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.

· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.

· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.

· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Sabtu, Mei 30, 2015

Majlis Meraikan 40 Hari Fatrah Mujahadah

Alhmdulillah.. baru selesai majlis meraikan mujahadah 40 hari salah seorang pelajar kami Syed Hafizan. Mudah2an bakal menjadi ulamak kabir dimasa hadapan. InshaAllah..����

Jumaat, Mei 29, 2015

Ceramah Ambang Ramadhan

In Sya Allah....  Selasa malam Rabu ini, ceramah ambang ramadhan. Semua.dijemput hadir. Jom, mari datang beramai-ramai. Penceramahnya Maulana Helmi Mudir Maahad Tahfiz Al-Husainiyyah Pulau Tawar, Jerantut.

Ahad, Mei 24, 2015

Kenangan bersama ajk masjid lama muadzam dan warga pusat pengajian Islam mohd Nor Al Bakri

Para asatizah bersama pelajar2 pusat pengajian Islam di masjid lama muadzam

Ceramah Sempena Mengumpul Dana

��������������
Sabtu 23 mei di
Masjid Lama MShah, kuliah maghrib insyaa Allah akan disampaikan oleh:
ALFADHIL UST MOHAMMAD HANAFIAH
MUDIR PONDOK WAKAF TERENGGANU
Tajuk Ceramah : ANAK BERTUAH
Disamping berceramah, rombongan juga mjalan kutipan sumbangan utk
PUSAT PENGAJIAN MOHD NOR ALBAKRI, MASJID LAMA LEBAK, TEMERLOH.
Semua dijemput hadir dan jgn lupa mbawa sumbangan anda bg mbantu Pusat Pengajian bkenaan.
��������������
Ahad 24 Mei
ALFADHIL UST MOHAMAD HANAFIAH akan meneruskan kuliah subuh. Sesiapa yg hendak menyumbang boleh teruskan sumbangan tuan/puan. Semuga pengorbanan anda diterima ALLAH.
TERUSKAN MEMAKMUR RUMAH ALLAH!
��������������

Selasa, Mei 12, 2015

Masih dalam pembinaan

Assalamualaikum..

"Kita sering terfikir dan selalu berdoa kepada Tuhan pemberi rezeki "aku pun nak jadi kaya macam orang lain.nak hidup senang xnak rasa susah dan peritnya jadi miskin, namun bila dikurniakan sedikit sahaja rezeki dan kemewahan kita sudah mula lupa Allah,lupa agama,lupa syariat dan lupa akhirat..yang diingat hanya harta dan kumpul harta....

Tak salah menjadi kaya, malah Islam sendiri menyuruh ummatnya berusaha mencari rezeki namun perlu diingat dalam kebanyakkan harta kita yang banyk itu ada bahagian untuk orang lain.

( "monolog orang kaya dengan bangga sombongnya "..harta aku sekarang hampir 1juta, mana boleh aku berkongsi dengan orang lain..ini hasil titik peluhku sendiri...

Ya Allah..bertapa angkuhnya kita..padahal sekiranya kalian mengetahui kelebihan dan ganjaran menolong dan bersedekah itu tersangatlah besar disisi Allah, kalian pasti menginfaqkan sebahagiannya kepada mereka...kerana sebanyak mana wang dan harta yang diberikan itulah sebenarnya harta kita, bukannya yang berjuta2...

#  Bersihkan harta dgn berzakat, banyakkan harta dengan bersedekah#

-----------------------------------------------

Dalam proses pembinaan..
Masih memerlukan jasa baik para dermawan yang budiman untuk menyiapkan asrama dan masjid di Pusat Pengajian Mohd Noor Al-Bakri.

Ahad, Mei 03, 2015

(( DAHSYATnya SEDEKAH ))


** 1 **
-PANJANG UMUR-
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya”
[HR Tabrani]

** 2 **
-ELAK BALA-
Sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” [HR Al-Baihaqi]

** 3 **
-HAPUS DOSA-
Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api.” [HR Ahmad, At-Tirmidzi]

** 4 **
-HARTA BERTAMBAH-
Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan, bahkan akan bertambah, akan bertambah, akan bertambah." [HR Tirmizi]

** 5 **
-TAMBAH KASIH SAYANG-
Sabda Rasulullah SAW: "Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) itu adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldimu untuk diisikan ke mangkuk kawanmu." [HR Ahmad]

** 6 **
UBAT SAKIT
Rasulullah SAW bersabda: "Ubatlah penyakit dirimu itu dengan bersedekah." [HR Dailami]

** 7 **
BENTENG HARTA
Nabi SAW bersabda: Bentenglah harta bendamu itu dengan berzakat." [HR Abu Daud]

** 8 **
MENDAPAT SYAFAAT
Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya yang akan menaungi orang mukmin pada hari kiamat kelak adalah sedekah." [HR Thabrani dan Baihaqi]

** 9 **
HILANG MURKA ALLAH SWT
Dari Abu Umamah r.a menukilkan sabda Rasulullah SAW: "Bersedekah secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah SWT." [HR Thabrani]

** 10 **
TINGGI DERAJAT
Allah SWT berfirman: “Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." [Taubah:20]

** 11 **
PAHALA BESAR
Firman Allah SWT bermaksud: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas(rahmat) kurniaNya lagi meliputi Ilmu PengetahuanNya." [Baqarah:261]

JOM BERSEDEKAH !..

Pondok Pengajian Islam, Lebak. -

Pondok Lebak ~ Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri

Assalamu'alaikum..

Pihak pengurusan dan jawatan kuasa Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri,  Tanjong Kerayong,  Lebak,  Temerloh, Pahang,  menawarkan pada anda semua para dermawan, saudara mara, kenalan, tuan puan yg suka dan yg sudi menyumbang di jalan ALLAH.

Ini ada peluang nak melabur saham di akhirat, in shaa ALLAH. Terutama sdr mara, adik beradik dan waris org Lebak. Terbuka juga untuk semua umat Islam, rakan dan taulan.. Sebarkan sebagai amalan.

Para penderma dialu-alukan untuk:
1. Wakaf sendiri atau bagi pihak yg dah meninggal.
2. Zakat yg wajib atas diri kita bawah asnaf fi sabilillah.
3. Sedekah jariah sebagai amalan berpanjangan kita..

Sebelah Masjid Lama, Tjg Kerayong, Lebak.

Keperluan utama mencari dana ~ Rm50,000 untuk menyiapkan asrama pelajar lelaki serta tandas... bangunan belakang masjid lama tu..

Gambar terkini disertakan..
Kerja-kerja sedang dijalankan bagi menyiapkan Asrama pelajar lelaki..

Jom..  buat  " Saham Akhirat " melalui amalan sedekah, zakat (bawah asnaf fi sabilillah), wakaf untuk diri sendiri atau pihak orang tersayang. Semuanya untuk bekalan kita di sana nanti ..

Para dermawan dan mereka yg pemurah sangat dialu-alukan.
Sumbangan boleh juga diberi berupa bahan binaan atau wang tunai / cek  atau bank in melalui akaun kami:

Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri
Akaun Bank Islam 06028010044800

atau..
Norlia Jusoh, Akaun Maybank 106221018378

Kami dahului dgn ucapan.. "JazakALLAH Hu Khairan Kasira.."

Untuk keterangan lanjut.. boleh hubungi:

Ustaz Abu Hasan Alshaari bin Haji Abdul Aziz. ~ Mudir Pondok Pengajian Islam.
Tel/Wsap: 0199718249/0199330018

Ustaz Ridhwan Jusoh Al-Hafiz ~ Ajk dan Timbalan Mudir 2..
Tel/ Wsap: 0148295482/0139992820

Ustaz Safnan bin Hj Abu Bakar ~ Ajk dan Timbalan Mudir 3
Tel: 0199360713

Laman Blog... www.ibnurubat.blogspot.com.

Syukran, Terima kasih..
(Jika tak keberatan sila sebarkan kepada para penderma lain.)

                                                        ~  Ahad 4.5.2015